BIO VELOCITY SLEEP MATE


Bio Velocity Sleep Mate

Medan Tenaga Manusia

Matahari adalah sumber tenaga yang menggerakkan kesemua kehidupan dalam bumi. Benda
hidup adalah makhluk yang bertenaga, atom-atom dan elektron-elektron di dalam badan kita
menghasilkan satu aliran medan tenaga di mana ia membekalkan tenaga yang mencukupi
untuk sel-sel badan bekerja pada tahap yang optima. Dengan kata lain, tenaga adalah daya
hidup dan ia adalah sumber kesihatan dan semangat manusia.

Keseimbangan tenaga adalah berdasarkan kewujudan corak tenaga di dalam dan di sekeliling
badan yang membentuk satu matrik yang digunakan oleh badan untuk mengekalkannya dalam
keadaan "sihat". Medan tenaga manusia dibentuk untuk mengekalkan kesihatan badan. Sel-
sel badan berkomunikasi di antara satu sama lain melalui gelombang (frekuensi) yang unik
kepada setiap orang. Semua tisu seperti kulit, hati, tulang dan organ-organ lain mempunyai
tenaga dan beresonan ke atas frekuensi tersendiri. Bioresonans bermakna mengedarkan
semua frekuensi yang diperlukan untuk rangsangan dan penyelarasan organisma yang
muktamad.

Bagaimanapun, pemodenan kini telah membawa kepada kemerosotan medan tenaga
manusia secara mendadak. Gaya hidup yang penuh tekanan, penggunaan alat elektronik yang
meluas, pencemaran alam, makanan yang tidak seimbang, gaya hidup yang buruk serta
toksin-toksin yang dihisap telah membawa ketidakseimbangan frekuensi elektromagnetik atau
medan tenaga. Dengan ini, sekatan tenaga dihasilkan justeru mengganggu pengaliran tenaga
utama atau daya hidup. Masalah kesihatan kronik mulai timbul dan menjadikan badan sukar
untuk menyembuhkan diri.

Tidur Yang Berkualiti

Manusia telah menghabiskan 1/3 daripada masa mereka dalam tidur; oleh itu, tidur dan rehat
yang berkualiti adalah penting untuk kesejahteraan kita. Ia adalah penting untuk kesihatan
fizikal dan mental, dan untuk mengoptimakan fungsi-fungsi harian kita. Apakah itu tidur yang
berkualiti? Tidur yang berkualiti bermakna mempunyai jangka masa rehat yang cukup serta
mendalam yang membolehkan seseorang sedar selepas membangun dan segar selepas
membangun dan segar sepanjang hari.

Semasa badan kita rehat, semua sel badan akan diperbaharui dan dibebaskan, kerja-kerja
pembaikan ke atas kecederaan dan penyakit-penyakit akan dijalankan; aktiviti-aktiviti otak kita
yang mengawal emosi, proses pembuat keputusan dan interaksi sosial dihentikan,
membolehkan kita mengekalkan emosi dan fungsi-fungsi sosial yang optima semasa kita
membangun. Tidur juga menguatkan minda dan kesedaran, membolehkan kita berasa
bertenaga dan lebih berjaga secara fizikal. Ia juga meningkatkan daya ingatan dan keupayaan
belajar; mengurangkan tekanan, rasa kebimbangan dan kerisauan. Tidur yang berkualiti
menjaga kesihatan hati kita dan mengurangkan risiko kemurungan.

BV Sleep Mate

Anda boleh memulihkan keseimbangan dan kesihatan anda secara mudah dengan kuasa
penyembuhan BV Sleep Mate. Pelapik tilam ini khas dibuat untuk memenuhi keperluan individu
anda. BV Sleep Mate menolong membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan
gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang positif yang membentuk aura yang
sihat dalam organisma. Dengan mempengaruhi pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan
badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan
keseluruhan aktiviti badan dan minda. Apabila anda bangun daripada tidur, anda berasa lebih
cergas dan bertenaga. Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada
badan di mana ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga
memberi hidup yang berkualiti.

Ujian klinikal menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap tenaga ke atas subjek yang
signifikan selepas menggunakan BV Sleep Mate.

Keistimewaan
1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti

Manfaat
-Melegakan sakit kepala, sakit haid, sakit perut, menghilangkan kesakitan otot, melegakan
kesakitan gastrik, melegakan sakit belakang, menolong ketegangan leher, melegakan rasa
kebas.

Cara penjagaan & penggunaan
1.Cara Penjagaan
-BV Sleep Mate boleh dicuci setahun sekali. Gunakan bahan pencuci kain yang berorganik
untuk mencuci dengan tangan secara lembut dan keringkan di bawah matahari. Dicadangkan
cuci di kawasan yang terkena kotoran sahaja.

2.Cara Penggunaan
-Bukakan dan letakkan BV Sleep Mate di atas tilam. Letakkan empat tali elastik ini di setiap
sudut tilam.
Saiz
-Tilam saiz Queen

No comments:

Post a Comment