Wednesday, 23 November 2016

Salam Perkenalan

Kakak orang biasa-biasa. Encik suami juga orang biasa-biasa. Kenal tak lama, terus diikat. Ikat tak lama, terus dilangsungkan majlis perkahwinannya.

Dua tahun berumahtangga, masih belum punya rezeki anak. Kakak tak pernah bersuara, tapi selalu sangat dengar kata-kata manusia sekeliling. Tak terkecuali orang tua sendiri mahu pun mertua.

Kakak diam, encik suami cool. Kami usaha dan tawakal. Usaha seadanya, bukan beriya-iya. Maklumlah, kami orang biasa-biasa.

Alhamdulillah, tak lama kakak diberitakan punya nyawa di dalam rahim. Syukur, hanya Dia yang Esa saja tahu betapa gembira perasaan ini.

Ketika ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga, kakak sedang berpantang kira-kira 20 hari selepas bersalin. Safwan Adam, kami namakan anakanda putera. Hadiah ulangtahun perkahwinan kami kali ini. Senyum gembira.

Kini sang putera sudah berusia hampir dua tahun. Masih belum punya adik. Bukan merancang saja-saja tetapi demi kesihatan kakak. Kerana anakanda Adam lahirnya secara pembedahan.

Nanti kakak sambung cerita lagi.

Kakak tak punya adik,
Azura.